Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera
Selamat datang ke portal rasmi Politeknik Sandakan Sabah (PSS). Laman sesawang ini merupakan salah satu medium komunikasi antara PSS dan masyarakat umum sebagai saluran penyebaran maklumat utama organisasi kepada umum. PSS sangat menitikberatkan ketepatan maklumat dan kemudahan melayari portal dan mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini. Saya berharap portal ini dapat memudahkan masyarakat untuk mengakses maklumat khususnya berkaitan PSS.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang strategik di Sandakan, PSS terus komited dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dan berdaya saing, malah memiliki jati diri yang unggul serta kemahiran insaniah yang tinggi. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti, selaras dengan keperluan semasa industri dan aspirasi negara.

Akhir kata, semoga semua pasukan PSS terus istiqamah dalam memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam yang cemerlang berteraskan integriti dan seterusnya menjadikan PSS antara institusi pengajian tinggi yang mampu memberi impak positif kepada masyarat.