Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Selamat datang ke portal rasmi Politeknik Sandakan Sabah (PSS). Laman sesawang ini merupakan salah satu medium komunikasi antara PSS dan masyarakat umum sebagai saluran penyebaran maklumat utama organisasi kepada umum. PSS sangat menitikberatkan ketepatan maklumat dan kemudahan melayari portal dan mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini. Saya berharap portal ini dapat memudahkan masyarakat untuk mengakses maklumat khususnya berkaitan PSS.

Tahun 2022 ialah tahun untuk Malaysia kembali ke landasan tepat bagi memantapkan semua aspirasi  negara selepas seluruh negara terkesan oleh virus Covid-19. Seiring dengan itu PSS terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. Hal ini terbukti apabila PSS telah mencapai 100%  bagi pencapaian Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2022. Pencapaian ini ialah hasil daripada pelaksanaan pelbagai program berlandaskan 4IR seperti kursus asas pencetakan 3D, program perkongsian ilmu Agroteknologi & Akuakultur kepada agensi-agensi awam serta  Program Hari Kerjaya bagi tahun 2022.

Sempena tahun 2023, saya berharap PSS terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar khasnya dan masyarakat secara amnya. PSS komited untuk melaksanakan dasar kerajaan bagi memastikan pencapaian institusi ini dapat dipertingkatkan dan sekaligus menyediakan ruang dan peluang pendidikan kepada masyarakat setempat.

Akhir kata, semoga semua pasukan PSS terus istiqamah dalam memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam yang cemerlang berteraskan integriti dan seterusnya menjadikan PSS antara institusi pengajian tinggi yang mampu memberi impak positif kepada masyarat.

 Selamat datang ke Portal Politeknik Sandakan Sabah.