Info Jabatan
Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah satu daripada jabatan sokongan yang menyumbang tenaga bagi merealisasikan visi dan misi Politeknik Sandakan Sabah. Jabatan Pengajian Am terbahagi kepada dua unit utama iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral.

Unit Bahasa Inggeris memainkan peranan membantu pelajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk penulisan mahupun komunikasi sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan di masa hadapan. Manakala Unit Pendidikan Islam dan Moral berfungsi untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani sama ada dalam bentuk teori dan praktikal sebagai kesinambungan dalam penghayatan kehidupan mereka.

Tuntasnya, Jabatan Pengajian Am komited dalam menggalas tanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang holistik yang bukan sahaja berwibawa serta mahir dalam berbahasa tetapi turut memiliki akhlak dan keperibadian yang terpuji.

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Bahasa Inggeris (UBI):

  • DUE 10012 - Communicative English 1
  • DUE 30022 - Communicative English 2
  • DUE 50032 - Communicative English 3

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM):

  • MPU 21032 - Penghayatan Etika dan Peradaban
  • MPU 23042 - Nilai Masyarakat Malaysia
  • MPU 23052 - Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam
  • MPU 22042 - Bahasa Kebangsaan A

 

CARTA FUNGSI ORGANISASI - JABATAN PENGAJIAN AM (JPA)