Info Unit
Memberi Khidmat Kauseling dan Bimbingan secara profesional supaya proses penyuburan dan perkembangan akademik untuk memastikan matlamat melahirkan tenaga kerja separa profesional yang seimbang dari segi mental, jiwa dan fizikal tercapai.

VISI
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada pelajar Politeknik Sandakan Sabah.


MISI
Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui Program Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Kaunseling Pemulihan:Khidmat bersifat pembaikan dan pemulihan atau mengorientasikan pelajar yang  bermasalah supaya mampu mengatasi masalahnya.
2. kaunseling Pengkayaan :Khidmat memberi dorongan yang meliputi semua aspek perkembangan pelajar. Perkhidmatan ini dijalankan secara Kaunseling individu atau Kaunseling Kelompok.
3. kaunseling Individu : Ialah pertemuan anda dan kaunselor anda.
4. Kaunseling Kelompok : Ialah pertemuan anda dan beberapa rakan yang mempunyai persolaan yang sama dengan kaunselor anda.

BAGAIMANA UNTUK BERJUMPA KAUNSELOR ANDA?
1. Datang seorang atau dengan rakan anda
2. Mengisi borang temujanji kaunseling yang boleh didapati di luar bilik kauseling
3. Datang terus berjumpa penyelaras kauseling jabatan atau pegawai kauseling jika memerlukan bantuan segera.

 

CARTA FUNGSI ORGANISASI - UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)