Info Unit
Perpustakaan PSS memainkan peranan yang penting dalam membantu institusi untuk mengurus, menyedia dan memberikan perkhidmatan yang bermanfaat dan berkualiti kepada warganya. Perpustakaan beroperasi di Aras 1 dan 2 pada bangunan utama; mempunyai persekitaran yang kondusif dan selesa bagi memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat rujukan.

Perpustakaan PSS dilengkapi dengan kemudahan ruang membaca dan belajar yang mencukupi dan berhawa dingin. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan sumber rujukan dan maklumat kepada semua warga PSS. Ini selaras dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan pembelajaran berterusan serta sikap suka membaca di kalangan rakyat. Selain daripada itu, Unit Perpustakaan PSS juga memberikan perkhidmatan dalam bentuk carian maklumat, pempakejan maklumat terpilih, sirkulasi rujukan serta pinjaman antara perpustakaan.

Para pelajar boleh mengikuti kami di laman sesawang FB https://www.facebook.com/Lib.pss/ untuk maklumat semasa tentang Perpustakaan dan Kelab Rakan Pustaka PSS.

u-Pustaka yang merupakan perkhidmatan perpustakaan dalam talian yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia dan keahlian adalah percuma. u-Library merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsan bagi menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan di mana-mana dan bila-bila masa!  Untuk mendapatkan akses portal ini, pelajar hanya perlu mendaftar sebagai ahli di https://www.u-library.gov.my/portal/ 

Sumber Digital Perpustakaan Politeknik mengandungi pangkalan data yang dilanggan oleh JPPKK khas untuk warga Politeknik dan Kolej Komuniti. Sila layari pautan yang berikut bagi mengakses perkhidmatan yang diberikan https://sites.google.com/view/polytechlibrary/sumber-digital?authuser=0

Perpustakaan Digital PSS merupakan grup perkongsian melalui aplikasi Telegram untuk bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan e-Book Digital secara percuma kepada warga PSS. Sila layari pautan https://t.me/joinchat/HJqiUQ5ys1fKws9v untuk mendapatkan bahan bacaan digital tersebut. Maklumat tentang bahan bacaan yang ada di Perpustakaan PSS pula boleh diakses melalui pautan berikut :  https://fliphtml5.com/bookcase/fmbei

 

CARTA FUNGSI ORGANISASI - UNIT PERPUSTAKAAN