Info Unit
Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSS bertanggungjawab dalam merancang, menyampaikan, memantau dan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Kokurikulum merentas program di Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri.

Kokurikulum
1.  Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti kokurikulum seperti mana yang ditetapkan
2.  Merancang, mengurus dan memantau aktiviti akademik pelajar dan keberkesanan kursus serta melaksanakan penambahbaikan kualiti secara berterusan.
3.  Memberi khidmat penasihatan akademik kepada pelajar.
4.  Memastikan keperluan akreditasi di bawah Niosh Certification (ISO 45001 & ISO 9001) dipatuhi bagi semua program di Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri.
5.  Memberi perkhidmatan sokongan dalam pelaksanaan program-program rasmi di PSS

Sukan
1.  Menyelaras, menyelia dan mengawasi keseluruhan program sukan.
2.  Memastikan aktiviti dan program penyediaan dan pembangunan atlet dijalankan secara berjadual dan tersusun.
3.  Merancang dan mengadakan sesi bimbingan, motivasi dan psikologi sukan dalam meningkatkan keupayaan dan pencapaian sukan di politeknik.
4.  Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini maklumat dan data dokumen sukan dan pencapaian atlet bagi tujuan dokumentasi politeknik
5.  Menyediakan takwim aktiviti sukan.
6.  Mengurus dan mengendalikan program-program kenalpasti bakat atlet dan persediaan ke kejohanan sukan peringkat politeknik / kebangsaan dan antarabangsa
7.  Merancang, menguruskan bajet perbelanjaan bagi pembangunan sukan samada peringkat politeknik, kebangsaan & antarabangsa.

 

Kebudayaan
1.  Menyelaras, menyelia dan mengawasi keseluruhan program Kebudayaan & Kesenian.
2.  Memastikan aktiviti dan program penyediaan dan pembangunan Kebudayaan & Kesenian dijalankan secara berjadual dan tersusun
3.  Merancang dan menyusun perlaksanaan program Kebudayaan & Kesenian
4.  Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini maklumat dan data dokumen kebudayaan bagi tujuan dokumentasi politeknik
5.  Menyediakan takwim aktiviti Kebudayaan & Kesenian pelajar.
6.  Mengurus dan mengendalikan program-program kenalpasti bakat dan persediaan ke pertandingan peringkat politeknik/kebangsaan dan antarabangsa
7.  Berhubung dengan pihak luar dalam hal-hal kebudayaan.
8.  Menyediakan laporan semsester aktiviti Kebudayaan & Kesenian
9.  Menyelaras kelab/persatuan/yang tidak berkredit.


CARTA FUNGSI ORGANISASI - UNIT SUKAN, KO-KURIKULUM & KEBUDAYAAN (USKK)