Diploma Akuakultur
- Details
- PSS 1 Dekad
- Hits: 2420
Info Program
Akuakultur merujuk kepada penternakan organisma akuatik dalam persekitaran akuatik yang terkawal untuk tujuan komersial, rekreasi ataupun awam. Industri ini mempunyai banyak tujuan, termasuk pengeluaran makanan untuk kegunaan manusia, membina semula populasi spesies terancam dan kepupusan, pemulihan habitat, peningkatan stok liar, pengeluaran ikan umpan dan pengkulturan ikan untuk zoo dan akuarium. Diploma Akuakultur diharap dapat melahirkan golongan TVET terlatih yang boleh membantu dalam pembangunan industri akuakultur. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada keseluruhan aspek amalan akualultur termasuk larihan menyeluruh dalam pengurusan hatceri dan kolam tumbersan ikan, bermula dari peringkat pembiakan ikan sehingga penuaian dan pemasaran. Pelajar akan terus didedahkan kepada dunia sebenar dalam industri akuakultur untuk meningkatkan pengukuhan asas dan pengalaman berharga. Progrm ini juga akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang baik, kemahiran dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran melalui pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Sekaligus dapat melahirkan sumber manusi terlatih dlam bidang akuakultur dan seterusnya menyumbang dalam pembangunan industri akuakultur Malaysia bagi memenuhi tuntutan Dasar Pertanian Negara Ketiga.
Hasil Pembelajaran Program
- Mengaplikasikan pengetahuan asas sains gunaan, pengeluaran ladang dan sistem teknologi akuakultur untuk membantu dalam menyediakan penyelesaian kepada industri akuakultur
- Melakasanakan operasi penternakan akuatik dan menyediakan penyelenggaraan untuk kelestarian ekosistem dan pengeluaran akuatik akuakultur
- Menunjukkan cara kemahiran sosial dan tanggungjawab dalam komuniti
- Menunjukkan nilai positif, etika dan akauntabiliti dalam melibatkan diri dengan masyarakat
- Menunjukkan cara komunikasi yang berkesan dan mengambil peranan sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang pelbagai
- Menganalisis isu dan membantu dalam menyediakan penyelesaian untuk akuakultur dengan menggunakan pendekatan saintifik yang sesuai dan relevan
- Menunjukkan cara pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam masyarakat akuakultur
- Mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan yang baik untuk pembangunan industri akuakultur
Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai :
- Juruteknik Ladang Akuakultur
- Penolong Pegawai Perikanan
- Pembantu Penyelidik
- Operator Ladang Ikan
- Penolong Pengurus Hatceri
- Perunding Ikan Hiasan
- Eksekutif Jaminan Kualiti
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti
- Eksekutuf Pemasaran Akuakultur
- Usahawan
Syarat Kelayakan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
- Lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian di dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
(Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my)