Jabatan Pengajian Am
- Details
- Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA6 |
- Hits: 1765
Info Jabatan
Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah satu daripada jabatan sokongan yang menyumbang tenaga bagi merealisasikan visi dan misi Politeknik Sandakan Sabah. Jabatan Pengajian Am terbahagi kepada dua unit utama iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral.
Unit Bahasa Inggeris memainkan peranan membantu pelajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk penulisan mahupun komunikasi sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan di masa hadapan. Manakala Unit Pendidikan Islam dan Moral berfungsi untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani sama ada dalam bentuk teori dan praktikal sebagai kesinambungan dalam penghayatan kehidupan mereka.
Tuntasnya, Jabatan Pengajian Am komited dalam menggalas tanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang holistik yang bukan sahaja berwibawa serta mahir dalam berbahasa tetapi turut memiliki akhlak dan keperibadian yang terpuji.
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Bahasa Inggeris (UBI):
• DUE 10112 - Communicative English 1
• DUE 30122 - Communicative English 2
• DUE 50132 - Communicative English 3
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM):
• MPU 21072 - Penghayatan Etika dan Peradaban
• MPU 23172 - Nilai Masyarakat Malaysia
• MPU 23182 - Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam
• MPU 22212 - Bahasa Kebangsaan A
• MPU 22071 – Kursus Integriti dan Anti-Rasuah
Kursus- kursus ytang ditawarkan untu pelajar Asasi teknologi dan Kejuruteraan (FTV) :
• FU 10032 – English 1
• FU 20142 – English 2
• FU 10012 – Thinking Skills
• FU 20012 – Pendidikan Islam
• FU 20022 – Pendidikan Moral
CARTA FUNGSI ORGANISASI - JABATAN PENGAJIAN AM (JPA)