Jabatan Agro & Bio-Industri
- Details
- PSS 1 Dekad
- Hits: 708
Info Jabatan
Jabatan Agro Teknologi dan Bio-Industri merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Sandakan Sabah. Jabatan ini akan membuka program pertamanya pada sesi Julai 2012, program yang ditawarkan ialah DIPLOMA AGRO TEKNOLOGI dan DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR.
DIPLOMA AGRO TEKNOLOGI
Diploma Agroteknologi diharap dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian bagi memenuhi permintaan Dasar Pertanian Negara. Program ini akan mendedahkan pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan latihan amali dalam bidang pertanian seperti asas pertanian, sains pertanian, pengeluaran pertanian, teknologi makanan, mesin dan sistem.
Pelajar juga dikehendaki mengurus projek pertanian yang melibatkan perancangan, penanaman, penuaian dan pemasaran sepanjang kursus. Selain itu, pelajar diwajibkan mengikuti latihan industri dalam industri berkaitan. Ini membolehkan pelajar menggunakan kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi, serta menyesuaikan diri serta menerima pakai teknologi dan cabaran baharu di tempat kerja masa depan mereka yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:-
- Penolong Pegawai Pertanian
- Pembantu Projek Pertanian
- Penolong Pegawai Penyelidikan
- Penolong Pegawai Sains
- Juruteknik Makmal
- Pengkultur Tisu Tumbuhan
- Penanaman Kadet
- Pembantu Jualan Dalam Agro Biotech
- Pembantu Alam Sekitar
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti
- Pengengeluar Makanan
- Usahawan Agro
DIPLOMA AKUAKULTUR
Program ini diharap dapat melahirkan golongan TVET terlatih yang boleh membantu dalam pembangunan industri akuakultur. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada keseluruhan aspek amalan akuakultur termasuk latihan menyeluruh dalam pengurusan hatceri dan kolam tumbesaran ikan, bermula dari peringkat pembiakan ikan sehingga penuaian dan pemasaran. Pelajar akan terus didedahkan kepada dunia sebenar dalam industri akuakultur untuk meningkatkan pengukuhan asas dan pengalaman berharga.
Program ini juga akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang baik, kemahiran dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran melalui pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Sekaligus dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang akuakultur dan seterusnya menyumbang dalam pembangunan industri akuakultur Malaysia bagi memenuhi tuntutan Dasar Pertanian Negara Ketiga.
Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran pelajar yang diperolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja seperti: -
- Juruteknik Ladang Akuakultur
- Penolong Pegawai Perikanan
- Pembantu Penyelidik
- Operator Ladang Ikan
- Penolong Pengurus Hatceri
- Prunding Ikan Hiasan
- Eksekutif Jaminan Kualiti
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti
- Eksekutif Pemasaran Akuakultur
- Usahawan
CARTA FUNGSI ORGANISASI - JABATAN AGROTEKNOLOGI & BIO-INDUSTRI (JAB)