Unit Jaminan Kualiti
- Details
- Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 |
- Hits: 1039
VISI
Menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul
MISI
- Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
- Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
- Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
- Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan
DASAR KUALITI PSS
Politeknik Sandakan Sabah komited untuk membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang Agroteknologi dan Bio-Industri melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan berdasarkan sistem pengurusan kualiti IMS 9001 : 2015 (QMS) serta memenuhi kehendak pelanggan
OBJEKTIF KUALITI PSS
Kecemerlangan Akademik
- Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester
- Memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.
Kecemerlangan Staf
- Memastikan 100% pensyarah akademik mencapai sekurang-kurangnya 85% markah pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran
- Memastikan 100% staf mencapai sekurang-kurangnya bilangan hari berkursus minimum yang ditetapkan oleh JPA, KPT dan JPPKK merujuk kepada Surat Pekeliling semasa
Kecemerlangan Proses
- Mencapai sekurang-kurangnya 95% pencapaian Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik
CARTA FUNGSI ORGANISASI - UNIT JAMINAN KUALITI (UJK)