Diploma Agroteknologi
- Details
- PSS 1 Dekad
- Hits: 1090
Info Program
Agroteknologi ialah aplikasi teknologi dalam pertanian. Ia memberi tumpuan kepada proses perladangan yang lengkap iaitu penanaman tumbuhan, amalan agronomi, pra-penuaian, lepas tuai dan pengurusan pertanian di semua jenis sistem penanaman. Semua proses termasuk penggunaan teknologi moden, mekanisasi dan sistem, dan elemen Internet of Thing (IoT). Diploma Agroteknologi diharapkan dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian bagi memenuhi permintaan Dasar Pertanian Negara. Program ini akan mendedahkan pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan latihan amali dalam bidang pertanian seperti asas pertanian, sains pertanian, pengeluaran pertanian, teknologi makanan, mesin dan sistem. Pelajar juga dikehendaki menguruskan projek pertanian yang melibatkan perancangan, penanaman, penuaian dan pemasaran sepanjang kursus. Selain itu, pelajar diwajibkan mengikuti latihan industri dalam industri berkaitan. Ini akan membolehkan pelajar menggunakan kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi, serta menyesuaikan diri serta menerima pakai teknologi dan cabaran baharu di tempat kerja masa depan mereka yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Hasil Pembelajaran Program
- Mengaplikasikan pengetahuan asas sains gunaan, pengeluaran ladang dan sistem agroteknologi untuk membantu dalam menyediakan penyelesaian kepada industri-industri pertanian.
- Melaksanakan operasi dan pengurusan penanaman, kerja makmal, teknologi maklumat, mekanisasi dan menyediakan penyelenggaraan untuk persekitaran agroteknologi yang mampan.
- Menunjukkan cara kemahiran sosial dan tanggungjawab dalam komuniti.
- Menunjukkan nilai positif, etika dan aakauntabiliti dalam melibatkan diri dengan masyarakat.
- Menunjukkan cara komunikasi yang berkesan dan mengambil peranan sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang pelbagai.
- Menganalisis isu dan membantu dalam menyediakan penyelesaian untuk agroteknologi dengan menggunakan pendekatan saintifik yang sesuai dan relevan.
- Menunjukkan cara pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjant hayat dalam masyarakat agroteknologi.
- Mengamalakan kemahiran keusahawanan dan pengurusan yang baik untuk pembangunan industri pertanian.
Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai :
- Penolong Pegawai Pertanian
- Pembantu Projek Pertanian
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Penolong Pegawai Sains
- Juruteknik Makmal
- Pengkultur Tisu Tumbuhan
- Penanam Kadet
- Pembantu Jualan dalam Agro Biotech
- Pembantu Alam Sekitar
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti
- Pengeluar Makanan
- Usahawan Agro
Syarat Kelayakan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
- Lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian di dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
(Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my)