Centre Of Aquaculture Technology
- Details
- Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 |
- Hits: 56
PENGENALAN COAT
Industri akuakultur merupakan salah satu segmen ekonomi yang penting dalam agromakanan selain berperanan mengurangkan kebergantungan penghasilan ikan negara melalui aktiviti perikanan tangkapan. Perluasan dan pertumbuhan industri akuakultur telah banyak meningkatkan pendapatan negara dan dalam masa yang sama mengurangkan isu-isu keterjaminan makanan. Ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) khususnya dalam SDG4, Pendidikan Berkualiti dan SDG14, Kehidupan Bawah Air. Dalam SDG4. Menjelang 2030, dijangkakan terdapat peningkatan golongan belia dan dewasa yang memiliki kemahiran yang relevan, termasuk kemahiran teknikal dan vokasional, untuk penggajian, pekerjaan yang baik dan keusahawanan manakala SDG14, penambahan manfaat ekonomi kepada negara membangun kepulauan kecil dan negara mundur daripada penggunaan sumber marin yang lestari, termasuk melalui pengurusan perikanan, akuakultur dan pelancongan yang mampan. Namun demikian, akuakultur berdepan dengan cabaran-cabaran seperti kos pengeluaran yang tinggi, kawasan aktiviti akuakultur yang terhad dan pendapatan yang rendah dalam kalangan pengeluar makanan akuakultur. Cabaran-cabaran ini telah digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 sebagai usaha kerajaan untuk pemodenan agromakanan demi menjamin masa depan sekuriti makanan negara. Dasar Pertanian Sabah Ketiga 2015-2024 telah menggariskan beberapa perkara iaitu pembangunan latihan dan penyelidikan serta kolaborasi antara agensi kerajaan berkaitan akuakultur. Sehubungan itu, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Sandakan telah menubuhkan Centre of Aquaculture Technology atau singkatannya COAT bersama rakan-rakan agensi kerajaan untuk membantu penternak-penternak Industri Kecil Sederhana (IKS) dan syarikat syarikat swasta cuba bagi menyelesaikan isu-isu dan cabaran-cabaran dalam industri akuakultur.
VISI
Menjadi Centre of Technology COT yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang teknologi akuakultur.
MISI
Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang teknologi akuakultur melalui kolaborasi, penyelidikan dan inovasi serta khidmat kepakaran.
OBJEKTIF COAT
1) Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang teknologi akuakultur.
2) Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam bidang teknologi akuakultur.
3) Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan bidang teknologi akuakultur.
4) Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam negara atau luar negara dalam bidang teknologi akuakultur.
5) Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, penghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang teknologi akuakultur
CADANGAN NAMA DAN LOGO
BIDANG TUJAHAN
COAT PSS adalah dalam bidang tujahan TEKNOLOGI AKUAKULTUR di mana ianya menyediakan perkhidmatan dan perkongsian kepakaran seperti berikut :
1) Teknologi pembenihan ikan air tawar akuakultur
2) Teknologi pemprosesan produk berasaskan akuakultur
3) Pemasaran digital akuakultur
CARTA FUNGSI ORGANISASI - CENTRE OF AQUACULTURE TECHNOLOGY (COAT 2025)