Unit Perpustakaan
- Details
- Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 |
- Hits: 1918
PENGENALAN UNIT PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) memainkan peranan yang penting dalam membantu institusi untuk mengurus, menyedia dan memberikan perkhidmatan yang bermanfaat serta berkualiti kepada warganya dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan beroperasi di Aras 1 dan 2 pada bangunan utama; mempunyai persekitaran yang kondusif dan selesa bagi menarik minat para pelajar, pensyarah serta warga PSS untuk membudayakan ilmu, memupuk minat membaca dan membuat rujukan. Perpustakaan PSS mempunyai kemudahan ruang membaca dan belajar, bilik tayangan, bilik RRBC (Read, Rest Before Class), bilik Zon Internet, bilik karel dan ruang peperiksaan yang berhawa dingin. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan sumber rujukan dan maklumat; selaras dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu. Selain daripada itu, Unit Perpustakaan PSS juga memberikan perkhidmatan dalam bentukcarian maklumat dan pempakejan maklumat terpilih; perkhidmatan sirkulasi serta pinjaman antara perpustakaan.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Khamis
08.00 Pagi – 04.30 Petang
Jumaat
08.00 Pagi – 11.30 Pagi
02.00 Petang – 04.30 Petang
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
• Pinjaman dan Rujukan.
• Perkhidmatan antara Perpustakaan
• Perkhidmatan Internet / Wifi
• Perkhidmatan Pencarian Maklumat
• U-Pustaka
• Koleksi Soalan Peperiksaan
• Pameran Berkala
• OPAC Perpustakaan PSS (Online Public Access Catalogue)
• Sumber Digital Perpustakaan PolyCC
• Telegram Perpustakaan Digital PSS
• Koleksi PSS e-BOOK
PERKHIDMATAN PINJAMAN
Perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan terbuka untuk kakitangan, Pensyarah dan pelajar-pelajar Politeknik Sandakan Sabah dan tertakluk kepada peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.
Tempoh Pinjaman :
Kategori Pengguna |
Bil. Buku Yang Layak Dipinjam |
Tempoh pinjaman |
KJ/KU | 8 buah | 4 minggu |
Pensyarah | 6 buah | 4 minggu |
Sokongan | 6 buah | 3 minggu |
Pelajar | 4 buah | 2 minggu |
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
• Buku
• Buletin/Laporan Tahunan
• Majalah
• Jurnal
• CD-ROM
• Laporan Projek Pelajar
• Bank Soalan Peperiksaan
KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
• Ruang Belajar
• Bilik RRBC (Read, Rest Before Class)
• Bilik Perbincangan
• Ruang Peperiksaan
• Ruang Santai
• Meja / meja karel
• Penyimpanan Barang
• Komputer @ Zon Internet
• Kemudahan Wi-Fi
• Bilik RedSpot
Para pelajar boleh mengikuti kami di laman sesawang Facebook Perpustakaan Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat semasa tentang Perpustakaan dan Kelab Rakan Pustaka PSS.
CARTA FUNGSI ORGANISASI - UNIT PERPUSTAKAAN