Jabatan Matematik, Sains & Komputer
- Details
- Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA6 |
- Hits: 2894
1) CARTA FUNGSI ORGANISASI - JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER (JMSK)

2) PENGENALAN
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan salah sebuah jabatan sokongan akademik yang menyokong pelaksanaan kursus-kursus bagi program-program di jabatan induk, iaitu Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB). JMSK ditubuhkan bagi memantapkan pengetahuan pelajar dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer melalui penawaran kursus-kursus asas serta teras yang diperlukan oleh semua program pengajian.
Selain itu, JMSK juga menawarkan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (Foundation in Engineering Technology), iaitu satu program pengajian sepenuh masa selama setahun yang merangkumi dua semester. Program Asasi ini merupakan program persediaan untuk pelajar teknologi kejuruteraan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Kurikulumnya direka bentuk untuk menyediakan pengetahuan, sikap profesional dan penekanan terhadap elemen praktikal.
Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh Ketua Kursus dan Ketua Program Asasi Teknologi Kejuruteraan serta pensyarah-pensyarah yang berlatar belakang pelbagai disiplin akademik. Secara khususnya, JMSK menawarkan kursus-kursus teras program kepada pelajar semester satu bagi semua program pengajian, termasuk pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan.
3) KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
Diploma Agroteknologi dan Diploma Teknologi Akuakultur
- DBM10213 Mathematics for Technology
- DBS10052 Biological Science
- DBS10062 Agriculural Chemistry
Asasi Teknologi Kejuruteraan
- FU10102 Basic Information and Communication Technology (ICT)
- FU10043 Fundamental of Engineering Technology
- FU10052 Engineering Technology Practice
- FU20052 Basic Programming
- FB10064 Mathematic 1
- FB20154 Mathematics 2
- FB10073 Physics 1
- FB20073 Physics 2
- FB10083 Chemistry 1
- FB20083 Chemistry 2
- FS10094 Engineering Drawing and Computer Aided Design (CAD)
- FS20104 Workshop for Electrical and Electronic Engineering Technology
- FS20134 Workshop for Agricultural Engineering Technology
- FS20124 Project
4) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
- Bilik Kulian (BK16, BK19, TEC 7)
- Makmal Komputer (RKKP1, RKKP2, RKKP3, RKKP4)
- Dewan Peperiksaan JMSK
- Dewan Kuliah 3
- Makmal Fizik
- Makmal Sains
- Makmal Elektrik dan Elektronik
- Bengkel Pendawaian Elektrik
- Makmal Robotik







