Unit Komunikasi Korporat
- Details
- Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA6 |
- Hits: 32
Info Unit
Unit Komunikasi Korporat telah ditubuhkan dan bertindak sebagai saluran bagi Politeknik Sandakan Sabah dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang berkaitan dengan Politeknik Sandakan Sabah dengan arahan dan persetujuan Pengarah Politeknik Sandakan Sabah. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu seorang Pegawai Korporat, seorang Pegawai Media dan dua Pembantu Tadbir (P/O) .
Unit ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan. Unit ini juga berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam Politeknik Sandakan Sabah. Selain itu, Unit ini juga bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/ Maklumbalas Pelanggan.
CARTA FUNGSI ORGANISASI - UNIT KOMUNIKASI KORPORAT